Selasa, 7 Jun 2011

Najib bakal jatuhkan muhyiddin jika menang PRU13?


Desas desus kedengaran baru-baru ini,apabila berlaku perselisihan pendapat antara Najib dan Muhyiddin tentang tarikh PRU13. Najib ditekan oleh orang-orang Muhyiddin agar PRU13 dilakukan pada bulan julai ini.

Maka Najib telah berbincang dengan Tun Mahathir untuk jatuhkan Muhyiddin jika BN menang pada PRU13 nanti sebelum Muhyiddin menjatuhkan Najib,maka Najib telah gerakkan orang-orang dia diseluruh bahagian Umno agar meletakkan calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti dikalangan orang-orang yang Pro Najib.

Ini menguatkan lagi kate sahabat saya dalam umno mengatakan bahawa Muhyiddin bakal senasib dengan Anwar,Ghafar baba dan Musa Hitam.kerana wujud konfirasi antara Tun Mahathir dan Najib untuk naikkan Hishamudin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika BN menang PRU 13 nanti.Kerana Najib lebih suka jika Teori Hamka – H=Hishamuddin. A=Ahmad Zahid Hamidi. M=Mukhiz. K=Khairy. A=? menjadi kenyataan.

Adakah rakyat mahu pemimpin-pemimpin Negara kita terus bergolak seperti pemimpin-pemimpin UMNO ini??? yang gilakan kuasa tanpa memikirkan beban yang rakyat tanggung oleh disebabkan kesibukan mereka merebut jawatan,hingga lupa mentadbir Negara dengan lebih tersusun dan menyebabkan rakyat menanggung beban kos sara hidup yang naik 3 kali ganda daripada pendapatan rakyat.

Marilah kita berubah dan beri sokongan kepada PAKATAN RAKYAT pada PRU13 nanti.Sebelum kita yang rebah menanggung kenaikkan harga-harga barang keperluan dan harga minyak petrol yang naik sewenang-wenangnyer sekarang ini.Dan selama Najib UMNO/BN memerintah Malaysia ini tidak sampai 3 tahun,telah 6 kali Najib UMNO/BN naikkan harga minyak dan secara tak langsung semua harga barang-barang turut naik.Ubahlah Sebelum Rebah Dan Selamatkan Malaysia..!

Isnin, 6 Jun 2011

UMNO dan siri-siri Pengkhianatanyer pada Bangsa Melayu..?

Anda jgn mudah lupa parti UMNO lah yg memperbodohkan melayu demi mengaut kekayaan negara tercinta kite ini..Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Isnin, 30 Mei 2011

Warkah Akhir Zaman Mengenai Fitnah.

Assalamualaikum kpd semua hamba ALLAH S.W.T..semoga kalian semua berada didalam keadaan sihat sejahtera dan berada dlm rahmat ALLAH S.W.T..

Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi,kerna memberikan saya kekuatan utk menulis warkah ini utk tatapan sdr & sdri sekalian.Minggu ini dan tahun-tahun yg berlalu,negara kita telah dikejutkan dgn pelbagai fitnah-fitnah jahat yg dicipta utk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yg faham akan masalah rakyat .Ini menyebabkan politik tanah air yg kita cintai ini bergolak.Dan secara tidak langsung ekonomi rakyat makin merudum , disebabkan kuasa membeli keperluan barang-barang dan kos sara hidup kita meningkat naik disebabkan keadaan ekonomi dan urus tadbir Kerajaan Malaysia ini tidak diurus dgn betul.

Minggu ini kita sekali lagi dikejutkan dgn berita fitnah-fitnah jahat terhadap pejuang nasib rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Sdr & sdri sekalian sedarlah kita tidak boleh lagi membiarkan fitnah-fitnah jahat terus menerus menyerang pejuang masalah rakyat Dato seri anwar ibrahim berleluasa di negara kita ini, demi mempertahan kuasa Pihak PARTI MEMERINTAH UMNO/BN mereka sanggup berbuat fitnah tanpa memikirkan beban & kepayahan hidup yg kita tanggung selama ini.TV1,TV2, TV3,AKHBAR UTUSAN MELAYU,BERITA HARIAN DAN METRO terus menerus memainkan isu Fitnah ini,ditambah pula TV3 secara jelas mempromosikan BLOG2 milik blogger2 UMNO UTK RAKYAT TONTON VIDEO SEKS itu.yang saya pelik tu PDRM tidak membenteras Blogger2 UMNO yg menyebarkan video lucah itu seakan2 mereka merelakan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur utk menonton cerita lucah itu..sedarlah semua isu video seks yg secara jelas pelakon yg berperut boroi dlm video seks itu bukan DSAI..!

Isu Video Seks itu diwujudkan semasa PRN NEGERI SARAWAK tempohari dan ianya akan terus dimainkan SEHINGGA PRU13, utk menjatuhkan DSAI DAN  MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN YG BAIK ANTARA 3 PARTI KOMPENEN PR  IAITU DAP,PAS DAN PKR demi memastikan musuh politik UMNO ini jatuh dan seterusnyer UMNO/BN  terus berkuasa dan rakyat terus percaya akan UMNO/BN dan mereka mahu tumpuan rakyat pada isu ini bukan isu kebajikan rakyat dan kenaikkan harga barang yg jelas membebankan rakyat..yg secara jelas video seks itu bukan DSAI..!

Bila saya menginbau kenangan lalu semasa Dato seri anwar ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama 8 tahun,beliau hanya menaikkan harga minyak sebanyak 15 sen shj selama 8 tahun beliau menjadi menteri kewangan sehinggalah pada tahun1998 beliau difitnah..dan secara tidak langsung harga2 barang keperluan ketika itu murah dan rakyat boleh berbelanja lebih.
Apa kita rasa skrg..?selama Najib memerintah 2 tahun setangah ini,sudah 6 kali Najib menaikan harga minyak Petrol dan tarif elektik juga akan dinaikkan 1 jun ini dan menyebabkan semua Barang Naik..dan kita makin susah utk meneruskan hidup.!.jenayah ragut,buang bayi dan rasuah makin meningkat..!sedarlah semua kita harus berubah dan Ubah Kerajaan Malaysia ini Pada PRU13 nanti..klu tidak UBAH kita akan makin parah dan fitnah demi fitnah akan dicipta demi mempertahan kuasa mereka tanpa memikirkan kepayahan rakyat utk meneruskan hidup..!
Saya amat sedih sekali melihat Pejuang nasib rakyat iaitu DATO SERI ANWAR IBRAHIM di Fitnah dgn mcm-mcm fitnah demi mengagalkan usaha beliau Menstabilkan Ekonomi rakyat yg telah termaktub di dalam "BUKU JINGGA"janji2 PR jika di beri peluang memerintah MALAYSIA yg tercinta ini..

Saya juga terlalu sedih dgn Nasib yg menimpa DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA BELIAU.. di FITNAH di penjara di seksa di buat mcm org bodoh kene turun naik mahkamah diatas kesalahan yg beliau tidak lakukan yg telah dirancang oleh pemimpin UMNO/BN yg rakus dan tamak kan kuasa..satu soalan untuk anda..Apakah rasa anda jika anda difitnah oleh kesalahan yg anda tidak lakukan???dan menyebabkan maruah keluarga anda dipandang hina oleh masyarakat dan akan dicerca kemana anda pergi..padahal anda di fitnah dan anda tidak bersalah..!

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Ingatlah Pesan Terakhir Khutbah NABI MUHAMMAD S.A.W..
" anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu..“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..Akhirkata dari saya pergunakanlah AKAL yg ALLAH S.W.T berikan kepada sdr&sdri dgn baik dan Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..-Hamba Allah Jebat Norman-

Ahad, 29 Mei 2011

Rakyat Malaysia Gembira Kerajaan Naikkan Tarif Elektrik Isnin Ini.


Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan
PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.
NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri,.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.
Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.
Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.Lapor -MalaysiaKini-

Kata orang, kata-kata itu satu doa. Mungkin rakyat selalu sangat sebut Barisan Nasional sebagai Barang Naik, maka kerajaan Barisan Nasional pun terus menggila menaikkan harga barang. Semua benda dia nak naikkan harga, rasanya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, harga barang-barang naik tak sudah-sudah tapi hari-hari dok canang slogan "Rakyat Didahulukan".

Kalau kita tengok Tenaga Nasional Berhad, TNB tanpa gagal setiap tahun mengumumkan keuntungan berbilion ringgit hasil menjual elektrik kepada rakyat Malaysia. Tak pernah dengar TNB rugi ke, tak bayar sewa bangunan ke, pekerja tak dapat gaji ke semua yang baik-baik je kita dengar.

Kalau dah untung setiap tahun berbilion ringgit tak pernah kurang, yang diorang dok naikkan lagi harga elektrik pasal apa? Sengaja nak susahkan rakyat? Kalau minyak kerajaan bagi alasan harga minyak dunia naik maka harga minyak kena naik.

Mungkin harga elektrik dunia pun meningkat naik sebab tu kena naikkan harga elektrik. Almaklumlah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tua kat kampung pedalaman nun tak paham ekonomi dunia. Apa kerajaan cakap semua dia angguk.

Kepada penyokong gerombolan songkok tinggi tak mengapalah, mereka ada kad diskaun ahli United Malays No Otak, UMNO. Bila nak bayar bil elektrik tunjuk je kad diskaun ahli UMNO dapatlah diskaun harga elektrik..-Milosuam-


Sabtu, 28 Mei 2011

Pemimpin UMNO/BN dgn mudah bazirkan "Wang Rakyat"..?

RUMAH PM SRI PERDANA BARU BERUSIA 6 TAHUN DIBINA DGN KOS SEBANYAK 6OO JUTA. TUN MAHATHIR DUDUK SELAMA 3 TAHUN...KEMUDIAN PAK LAH MASUK DAN MINTAK PARLIMEN LULUSKAN 8 JUTA KONONNYA UNTUK MEMBAIKI TANDAS DAN DUDUK SELAMA SETAHUN KEMUDIAN MASUK ROSMAH...NAJIB MINTAK PARLIMEN LULUSKAN 65 JUTA NAK HIAS SEMULA.???HEBAT BETUL PEMIMPIN UMNO/BN NI..!

30 Perkara yang Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki.

share ler pada rakan-rakan, tak rugi pun..



tekan button share kat atas tu.. :)

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Naik Elaun Guru-Guru Kafa RM1300 Sebulan..!

Dahulu gaji kami hanya rm400 sebulan shj semasa UMNO/BN memerintah Negeri Selangor ini..Sekarang syukur Alhamdulillah dan terima kasih Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yg Menaikkan Gaji kami RM1300 Sebulan.. Terima kasih yg tidak terhingga kepada Kerajaan PAKATAN RAKYAT yg begitu prihatin nasib kami golongan yg bertugas sebagai GURU KAFA(Guru-guru yg mengajar kelas Al Quran dan Fardu Ain)..Luahan hati ustazah Nursyuhadah Binti Mokhtar kepada wartawan selangor kini baru-baru ini..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites