Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan
PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.
NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri,.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.
Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.
Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.Lapor -MalaysiaKini-
Kata orang, kata-kata itu satu doa. Mungkin rakyat selalu sangat sebut Barisan Nasional sebagai Barang Naik, maka kerajaan Barisan Nasional pun terus menggila menaikkan harga barang. Semua benda dia nak naikkan harga, rasanya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, harga barang-barang naik tak sudah-sudah tapi hari-hari dok canang slogan "Rakyat Didahulukan".
Kalau kita tengok Tenaga Nasional Berhad, TNB tanpa gagal setiap tahun mengumumkan keuntungan berbilion ringgit hasil menjual elektrik kepada rakyat Malaysia. Tak pernah dengar TNB rugi ke, tak bayar sewa bangunan ke, pekerja tak dapat gaji ke semua yang baik-baik je kita dengar.
Kalau dah untung setiap tahun berbilion ringgit tak pernah kurang, yang diorang dok naikkan lagi harga elektrik pasal apa? Sengaja nak susahkan rakyat? Kalau minyak kerajaan bagi alasan harga minyak dunia naik maka harga minyak kena naik.
Mungkin harga elektrik dunia pun meningkat naik sebab tu kena naikkan harga elektrik. Almaklumlah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tua kat kampung pedalaman nun tak paham ekonomi dunia. Apa kerajaan cakap semua dia angguk.
Kepada penyokong gerombolan songkok tinggi tak mengapalah, mereka ada kad diskaun ahli United Malays No Otak, UMNO. Bila nak bayar bil elektrik tunjuk je kad diskaun ahli UMNO dapatlah diskaun harga elektrik..-Milosuam-







0 ulasan:
Catat Ulasan