Isnin, 30 Mei 2011

Warkah Akhir Zaman Mengenai Fitnah.

Assalamualaikum kpd semua hamba ALLAH S.W.T..semoga kalian semua berada didalam keadaan sihat sejahtera dan berada dlm rahmat ALLAH S.W.T..

Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi,kerna memberikan saya kekuatan utk menulis warkah ini utk tatapan sdr & sdri sekalian.Minggu ini dan tahun-tahun yg berlalu,negara kita telah dikejutkan dgn pelbagai fitnah-fitnah jahat yg dicipta utk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yg faham akan masalah rakyat .Ini menyebabkan politik tanah air yg kita cintai ini bergolak.Dan secara tidak langsung ekonomi rakyat makin merudum , disebabkan kuasa membeli keperluan barang-barang dan kos sara hidup kita meningkat naik disebabkan keadaan ekonomi dan urus tadbir Kerajaan Malaysia ini tidak diurus dgn betul.

Minggu ini kita sekali lagi dikejutkan dgn berita fitnah-fitnah jahat terhadap pejuang nasib rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Sdr & sdri sekalian sedarlah kita tidak boleh lagi membiarkan fitnah-fitnah jahat terus menerus menyerang pejuang masalah rakyat Dato seri anwar ibrahim berleluasa di negara kita ini, demi mempertahan kuasa Pihak PARTI MEMERINTAH UMNO/BN mereka sanggup berbuat fitnah tanpa memikirkan beban & kepayahan hidup yg kita tanggung selama ini.TV1,TV2, TV3,AKHBAR UTUSAN MELAYU,BERITA HARIAN DAN METRO terus menerus memainkan isu Fitnah ini,ditambah pula TV3 secara jelas mempromosikan BLOG2 milik blogger2 UMNO UTK RAKYAT TONTON VIDEO SEKS itu.yang saya pelik tu PDRM tidak membenteras Blogger2 UMNO yg menyebarkan video lucah itu seakan2 mereka merelakan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur utk menonton cerita lucah itu..sedarlah semua isu video seks yg secara jelas pelakon yg berperut boroi dlm video seks itu bukan DSAI..!

Isu Video Seks itu diwujudkan semasa PRN NEGERI SARAWAK tempohari dan ianya akan terus dimainkan SEHINGGA PRU13, utk menjatuhkan DSAI DAN  MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN YG BAIK ANTARA 3 PARTI KOMPENEN PR  IAITU DAP,PAS DAN PKR demi memastikan musuh politik UMNO ini jatuh dan seterusnyer UMNO/BN  terus berkuasa dan rakyat terus percaya akan UMNO/BN dan mereka mahu tumpuan rakyat pada isu ini bukan isu kebajikan rakyat dan kenaikkan harga barang yg jelas membebankan rakyat..yg secara jelas video seks itu bukan DSAI..!

Bila saya menginbau kenangan lalu semasa Dato seri anwar ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama 8 tahun,beliau hanya menaikkan harga minyak sebanyak 15 sen shj selama 8 tahun beliau menjadi menteri kewangan sehinggalah pada tahun1998 beliau difitnah..dan secara tidak langsung harga2 barang keperluan ketika itu murah dan rakyat boleh berbelanja lebih.
Apa kita rasa skrg..?selama Najib memerintah 2 tahun setangah ini,sudah 6 kali Najib menaikan harga minyak Petrol dan tarif elektik juga akan dinaikkan 1 jun ini dan menyebabkan semua Barang Naik..dan kita makin susah utk meneruskan hidup.!.jenayah ragut,buang bayi dan rasuah makin meningkat..!sedarlah semua kita harus berubah dan Ubah Kerajaan Malaysia ini Pada PRU13 nanti..klu tidak UBAH kita akan makin parah dan fitnah demi fitnah akan dicipta demi mempertahan kuasa mereka tanpa memikirkan kepayahan rakyat utk meneruskan hidup..!
Saya amat sedih sekali melihat Pejuang nasib rakyat iaitu DATO SERI ANWAR IBRAHIM di Fitnah dgn mcm-mcm fitnah demi mengagalkan usaha beliau Menstabilkan Ekonomi rakyat yg telah termaktub di dalam "BUKU JINGGA"janji2 PR jika di beri peluang memerintah MALAYSIA yg tercinta ini..

Saya juga terlalu sedih dgn Nasib yg menimpa DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA BELIAU.. di FITNAH di penjara di seksa di buat mcm org bodoh kene turun naik mahkamah diatas kesalahan yg beliau tidak lakukan yg telah dirancang oleh pemimpin UMNO/BN yg rakus dan tamak kan kuasa..satu soalan untuk anda..Apakah rasa anda jika anda difitnah oleh kesalahan yg anda tidak lakukan???dan menyebabkan maruah keluarga anda dipandang hina oleh masyarakat dan akan dicerca kemana anda pergi..padahal anda di fitnah dan anda tidak bersalah..!

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Ingatlah Pesan Terakhir Khutbah NABI MUHAMMAD S.A.W..
" anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu..“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..Akhirkata dari saya pergunakanlah AKAL yg ALLAH S.W.T berikan kepada sdr&sdri dgn baik dan Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..-Hamba Allah Jebat Norman-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites