Isnin, 30 Mei 2011

Warkah Akhir Zaman Mengenai Fitnah.

Assalamualaikum kpd semua hamba ALLAH S.W.T..semoga kalian semua berada didalam keadaan sihat sejahtera dan berada dlm rahmat ALLAH S.W.T..

Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi,kerna memberikan saya kekuatan utk menulis warkah ini utk tatapan sdr & sdri sekalian.Minggu ini dan tahun-tahun yg berlalu,negara kita telah dikejutkan dgn pelbagai fitnah-fitnah jahat yg dicipta utk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yg faham akan masalah rakyat .Ini menyebabkan politik tanah air yg kita cintai ini bergolak.Dan secara tidak langsung ekonomi rakyat makin merudum , disebabkan kuasa membeli keperluan barang-barang dan kos sara hidup kita meningkat naik disebabkan keadaan ekonomi dan urus tadbir Kerajaan Malaysia ini tidak diurus dgn betul.

Minggu ini kita sekali lagi dikejutkan dgn berita fitnah-fitnah jahat terhadap pejuang nasib rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Sdr & sdri sekalian sedarlah kita tidak boleh lagi membiarkan fitnah-fitnah jahat terus menerus menyerang pejuang masalah rakyat Dato seri anwar ibrahim berleluasa di negara kita ini, demi mempertahan kuasa Pihak PARTI MEMERINTAH UMNO/BN mereka sanggup berbuat fitnah tanpa memikirkan beban & kepayahan hidup yg kita tanggung selama ini.TV1,TV2, TV3,AKHBAR UTUSAN MELAYU,BERITA HARIAN DAN METRO terus menerus memainkan isu Fitnah ini,ditambah pula TV3 secara jelas mempromosikan BLOG2 milik blogger2 UMNO UTK RAKYAT TONTON VIDEO SEKS itu.yang saya pelik tu PDRM tidak membenteras Blogger2 UMNO yg menyebarkan video lucah itu seakan2 mereka merelakan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur utk menonton cerita lucah itu..sedarlah semua isu video seks yg secara jelas pelakon yg berperut boroi dlm video seks itu bukan DSAI..!

Isu Video Seks itu diwujudkan semasa PRN NEGERI SARAWAK tempohari dan ianya akan terus dimainkan SEHINGGA PRU13, utk menjatuhkan DSAI DAN  MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN YG BAIK ANTARA 3 PARTI KOMPENEN PR  IAITU DAP,PAS DAN PKR demi memastikan musuh politik UMNO ini jatuh dan seterusnyer UMNO/BN  terus berkuasa dan rakyat terus percaya akan UMNO/BN dan mereka mahu tumpuan rakyat pada isu ini bukan isu kebajikan rakyat dan kenaikkan harga barang yg jelas membebankan rakyat..yg secara jelas video seks itu bukan DSAI..!

Bila saya menginbau kenangan lalu semasa Dato seri anwar ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama 8 tahun,beliau hanya menaikkan harga minyak sebanyak 15 sen shj selama 8 tahun beliau menjadi menteri kewangan sehinggalah pada tahun1998 beliau difitnah..dan secara tidak langsung harga2 barang keperluan ketika itu murah dan rakyat boleh berbelanja lebih.
Apa kita rasa skrg..?selama Najib memerintah 2 tahun setangah ini,sudah 6 kali Najib menaikan harga minyak Petrol dan tarif elektik juga akan dinaikkan 1 jun ini dan menyebabkan semua Barang Naik..dan kita makin susah utk meneruskan hidup.!.jenayah ragut,buang bayi dan rasuah makin meningkat..!sedarlah semua kita harus berubah dan Ubah Kerajaan Malaysia ini Pada PRU13 nanti..klu tidak UBAH kita akan makin parah dan fitnah demi fitnah akan dicipta demi mempertahan kuasa mereka tanpa memikirkan kepayahan rakyat utk meneruskan hidup..!
Saya amat sedih sekali melihat Pejuang nasib rakyat iaitu DATO SERI ANWAR IBRAHIM di Fitnah dgn mcm-mcm fitnah demi mengagalkan usaha beliau Menstabilkan Ekonomi rakyat yg telah termaktub di dalam "BUKU JINGGA"janji2 PR jika di beri peluang memerintah MALAYSIA yg tercinta ini..

Saya juga terlalu sedih dgn Nasib yg menimpa DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA BELIAU.. di FITNAH di penjara di seksa di buat mcm org bodoh kene turun naik mahkamah diatas kesalahan yg beliau tidak lakukan yg telah dirancang oleh pemimpin UMNO/BN yg rakus dan tamak kan kuasa..satu soalan untuk anda..Apakah rasa anda jika anda difitnah oleh kesalahan yg anda tidak lakukan???dan menyebabkan maruah keluarga anda dipandang hina oleh masyarakat dan akan dicerca kemana anda pergi..padahal anda di fitnah dan anda tidak bersalah..!

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Ingatlah Pesan Terakhir Khutbah NABI MUHAMMAD S.A.W..
" anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu..“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..Akhirkata dari saya pergunakanlah AKAL yg ALLAH S.W.T berikan kepada sdr&sdri dgn baik dan Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..-Hamba Allah Jebat Norman-

Ahad, 29 Mei 2011

Rakyat Malaysia Gembira Kerajaan Naikkan Tarif Elektrik Isnin Ini.


Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan
PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.
NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri,.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.
Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.
Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.Lapor -MalaysiaKini-

Kata orang, kata-kata itu satu doa. Mungkin rakyat selalu sangat sebut Barisan Nasional sebagai Barang Naik, maka kerajaan Barisan Nasional pun terus menggila menaikkan harga barang. Semua benda dia nak naikkan harga, rasanya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, harga barang-barang naik tak sudah-sudah tapi hari-hari dok canang slogan "Rakyat Didahulukan".

Kalau kita tengok Tenaga Nasional Berhad, TNB tanpa gagal setiap tahun mengumumkan keuntungan berbilion ringgit hasil menjual elektrik kepada rakyat Malaysia. Tak pernah dengar TNB rugi ke, tak bayar sewa bangunan ke, pekerja tak dapat gaji ke semua yang baik-baik je kita dengar.

Kalau dah untung setiap tahun berbilion ringgit tak pernah kurang, yang diorang dok naikkan lagi harga elektrik pasal apa? Sengaja nak susahkan rakyat? Kalau minyak kerajaan bagi alasan harga minyak dunia naik maka harga minyak kena naik.

Mungkin harga elektrik dunia pun meningkat naik sebab tu kena naikkan harga elektrik. Almaklumlah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tua kat kampung pedalaman nun tak paham ekonomi dunia. Apa kerajaan cakap semua dia angguk.

Kepada penyokong gerombolan songkok tinggi tak mengapalah, mereka ada kad diskaun ahli United Malays No Otak, UMNO. Bila nak bayar bil elektrik tunjuk je kad diskaun ahli UMNO dapatlah diskaun harga elektrik..-Milosuam-


Sabtu, 28 Mei 2011

Pemimpin UMNO/BN dgn mudah bazirkan "Wang Rakyat"..?

RUMAH PM SRI PERDANA BARU BERUSIA 6 TAHUN DIBINA DGN KOS SEBANYAK 6OO JUTA. TUN MAHATHIR DUDUK SELAMA 3 TAHUN...KEMUDIAN PAK LAH MASUK DAN MINTAK PARLIMEN LULUSKAN 8 JUTA KONONNYA UNTUK MEMBAIKI TANDAS DAN DUDUK SELAMA SETAHUN KEMUDIAN MASUK ROSMAH...NAJIB MINTAK PARLIMEN LULUSKAN 65 JUTA NAK HIAS SEMULA.???HEBAT BETUL PEMIMPIN UMNO/BN NI..!

30 Perkara yang Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki.

share ler pada rakan-rakan, tak rugi pun..



tekan button share kat atas tu.. :)

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Naik Elaun Guru-Guru Kafa RM1300 Sebulan..!

Dahulu gaji kami hanya rm400 sebulan shj semasa UMNO/BN memerintah Negeri Selangor ini..Sekarang syukur Alhamdulillah dan terima kasih Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yg Menaikkan Gaji kami RM1300 Sebulan.. Terima kasih yg tidak terhingga kepada Kerajaan PAKATAN RAKYAT yg begitu prihatin nasib kami golongan yg bertugas sebagai GURU KAFA(Guru-guru yg mengajar kelas Al Quran dan Fardu Ain)..Luahan hati ustazah Nursyuhadah Binti Mokhtar kepada wartawan selangor kini baru-baru ini..

UMNO/BN Hanya pandai habiskan duit je..?

Laporan terkini Bank Negara: HUTANG KERAJAAN PUSAT kini sudah mencecah RM430 BILLION, naik sebanyak 5.6% daripada RM407 BILLION. HUTANG LUAR NEGARA pula kini mencecah RM263 BILLION, naik sebanyak 2.6% dari RM256 BILLION laporan terakhir...rupernyer Negara kita ni sudah xde duit rupernyer???patutlah Najib dahulukan kenaikan harga brg pada rakyat..BN sudah xboleh kita beri kepercayaan utk urus tadbir negara kita ni lg..Jom rakyat kita ubah dan jatuhkan UMNO/BN pada PRU 13 Nanti..!!!

Kami Janji Kami Tunai..

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor(M.E.S) yg telah Rakyat selangor dpt selama 3 tahun Kerajaan PR memerintah selangor..banyak lg yg rakyat selangor dpt yg xde tertera kat dlm gambar ni..antaranyer Tambang bas percuma utk anak2 pekerja ladang,rawatan kesihatan Mamogram percuma,Rawatan Dialisis percuma di pusat dialisis rakyat dan banyak lg yg rakyat selangor dpt..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites